Majlis Penutupan Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah

Published Disember 9, 2013 by noritamasri

Pada 1 November 2013, SBSB telah mengadakan Majlis Penutupan Kem Membaca 1Malaysia yang telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor iaitu En Noor Ahmad bin Khamzah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran En Hatif Azmi pegawai PKG Subang Jaya serta GPM dan pengawas PSS dari Sekolah Jalan U3.image image image image image image image image

Advertisements

Pesta Pantun Peringkat Daerah Petaling Perdana

Published Mei 8, 2013 by noritamasri

Pada 17 dan 18 April 2013,SKSB telah menghantar 5 orang pemantun untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan /Pesta Pantun Peringkat Daerah Petaling Perdana yang diadakan di SK Setia Alam.

Pasukan sekolah yang terdiri daripada Sofea Alisya bt Anwar,Nur Safira Syazwani bt Ramli ,Ahmad Nazwan bin Ahmad Nazrene,Mohamad Aqil Mirza bin Mohd Shafiee dan Iman Nadhirah bt Aminuddin semuanya dari tahun 6 telah berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada semua pemantun Imageyang telah mengharumkan nama sekolah kita.

Akhbar DIDIK sebagai bahan bantu mengajar.

Published Mei 8, 2013 by noritamasri

Tahun ini SKSB meneruskan lagi penggunaan akhbar DIDIK kepada semua murid tahun 6 sebagai salah satu bahan bantu mengajar. Sisipan akhbar yang dibekalkan pada setiap hari Isnin ini mengandungi banyak soalan yang dapat membantu calon -calon UPSR khususnya membuat ulang kaji selain sebagai bahan bantu mengajar kepada guru.Semoga bahan ini dapat dimanfaat sepenuhnya oleh murid di sekolah mahu pun di rumah.

IMG_1109

IMG_1111

MINGGU PEPERIKSAAN BERMULA LAGI

Published Mei 8, 2013 by noritamasri

Jawatankuasa PSS  Sekolah Kebangsaan Subang Bestari mengucapkan selamat menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada semua murid SKSB .Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru dapat diaplikasikan semasa menjawab soalan yang diberikan.Kepada calon UPSR,jadikan peperiksaan ini sebagai kayu ukur persediaan UPSR sebenar anda.

SELAMAT BERJAYA.