5,000 Pengunjung Meriahkan Bananana! Hari Kantin 2014 – Berita Hiburan | mStar

Published Oktober 13, 2014 by noritamasri

Wan SharmilaPETALING JAYA: Kira-kira 5,000 pengunjung memenuhi perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini bagi memeriahkan acara Bananana! Hari Kantin 2014 yang berlangsung pada Sabtu.

Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Sherina Nordin, berkata, kebanyakannya yang hadir terdiri daripada ibu bapa bersama anak-anak masing-masing bagi menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti perbarisan maskot, persembahan nyanyian, tayangan drama cereka serta lawatan ke studio-studio kami.

“Ini merupakan anjuran kali kedua dan tidak sangka respons yang diterima begitu baik,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Sherina, selain itu, dia juga gembira kerana objektif pihaknya yang ingin memupuk semangat keusahawanan terhadap kanak-kanak sekolah juga berjaya apabila sebanyak 13 buah sekolah sekitar Lembah Klang terlibat dengan perniagaan secara kecil-kecilan pada acara itu.

“Kami kagum dengan kesungguhan kanak-kanak dalam mengendalikan gerai-gerai bagi menjayakan kempen ini.

“Bagi menaikkan semangat mereka, pihak kami telah menyediakan sebanyak RM1,000 sebagai modal untuk mereka berniaga.

“Bukan itu sahaja, malah mereka turut diajar cara mempromosikan setiap barangan yang dijual untuk menarik perhatian orang ramai yang hadir untuk membeli barangan masing-masing,” ujarnya.

Pada acara yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad itu, siri animasi Puteri terbitan Les’ Copaque Production turut dilancarkan.

Ia bakal bersiaran di TV3 bermula 23 November depan setiap Ahad, pukul 6 petang.

Antara selebriti yang hadir ialah Eina Azman, Hefni Sahad, Nad Zainal, Sara Ali dan Amy Mastura.

melalui 5,000 Pengunjung Meriahkan Bananana! Hari Kantin 2014 – Berita Hiburan | mStar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: