5,000 Pengunjung Meriahkan Bananana! Hari Kantin 2014 – Berita Hiburan | mStar

Published Oktober 13, 2014 by noritamasri

Wan SharmilaPETALING JAYA: Kira-kira 5,000 pengunjung memenuhi perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini bagi memeriahkan acara Bananana! Hari Kantin 2014 yang berlangsung pada Sabtu.

Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Sherina Nordin, berkata, kebanyakannya yang hadir terdiri daripada ibu bapa bersama anak-anak masing-masing bagi menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti perbarisan maskot, persembahan nyanyian, tayangan drama cereka serta lawatan ke studio-studio kami.

“Ini merupakan anjuran kali kedua dan tidak sangka respons yang diterima begitu baik,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Sherina, selain itu, dia juga gembira kerana objektif pihaknya yang ingin memupuk semangat keusahawanan terhadap kanak-kanak sekolah juga berjaya apabila sebanyak 13 buah sekolah sekitar Lembah Klang terlibat dengan perniagaan secara kecil-kecilan pada acara itu.

“Kami kagum dengan kesungguhan kanak-kanak dalam mengendalikan gerai-gerai bagi menjayakan kempen ini.

“Bagi menaikkan semangat mereka, pihak kami telah menyediakan sebanyak RM1,000 sebagai modal untuk mereka berniaga.

“Bukan itu sahaja, malah mereka turut diajar cara mempromosikan setiap barangan yang dijual untuk menarik perhatian orang ramai yang hadir untuk membeli barangan masing-masing,” ujarnya.

Pada acara yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad itu, siri animasi Puteri terbitan Les’ Copaque Production turut dilancarkan.

Ia bakal bersiaran di TV3 bermula 23 November depan setiap Ahad, pukul 6 petang.

Antara selebriti yang hadir ialah Eina Azman, Hefni Sahad, Nad Zainal, Sara Ali dan Amy Mastura.

melalui 5,000 Pengunjung Meriahkan Bananana! Hari Kantin 2014 – Berita Hiburan | mStar.

Bengkel Pembangunan Blog PSS untuk GPM daerah Petaling Perdana

Published Oktober 13, 2014 by noritamasri

Tarikh: 13 Oktober 2014 (Isnin)
Tempat : BTPN Selangor
Penceramah:En Haniff bin Harun ( Pegawai BTPN)

Objektif:
Sebagai persediaan menghadapi PSS abad ke 21.
Menghebahkan aktiviti PSS melalui media sosial.

Isi utama bengkel:
5 tips blog pss yang cemerlang
a)tulis-
catatkan maklumat terkini semua bahan/berita berkaitan
Kenalpasti siapa yang akan membaca bahan yang ditulis.

b)komen
Pastikan setiap komen dijawab dengan segera
(Untuk memastikan kesetiaan pelawat)

c)media sosial
Memanfaatkan semua laman media sosial
Gunakan kemudahan pautan spt like/ share
Pelbagaikan semua saluran yang ada.

d)SEO
Optimakan engine carian untuk google

e)iklan dan analysis
Untuk menarik pelawat mengunjungi blog dan mewawarkan aktiviti yang telah dijalankan.

Rumusan
Blog PSS merupakan satu wadah utk menyampaikan maklumat bukan sahaja aktiviti pss malahan aktiviti sekolah dan yang berkaitan Pembelajaran dan pengajarn juga.

Semoga blog PSS SK Subang Bestari dapat menyalurkan pelbagai infomasi kepada warga sekolah khasnya dan dikongsi bersama semua pengunjung yang sudi melawat blog pss kami.

Gotong royong mengemaskan dan menyusun buku .

Published Disember 9, 2013 by noritamasri

Seramai 12 orang murid kelas Moral tahun 6 telah memberi khidmat bantu secara sukarela .

Aktiviti yang dijalankan adalah menyusun semula buku di rak mengikut pengkelasan buku iaitu buku fiksyen Bahasa Melayu,buku fiksyen Bahasa Inggeris dan buku bukan fiksyen.

Terima kasih diucapkan kepada semua murid yang terlibat.Semangat kepunyaan amatlah diperlukan dalam memastikan pusat sumber sentiasa dalam keadaan tersusun dan bersih.IMG_0064 IMG_0069 IMG_0067 IMG_0068

Hari Graduasi Tahun 6 2013

Published Disember 9, 2013 by noritamasri

Pada 15 November 2013, buat pertama kalinya SKSB telah mengadakan Majlis Graduasi  kepada murid-murid Tahun 6. Pada majlis ini semua murid Tahun 6 telah diraikan dalam majlis yang sungguh meriah.Jawatankuasa PSS mengucapkan tahniah kepada semua murid yg berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR terutama kepada Pengerusi , naib pengerusi , setiausaha dan ajk Pengawas PSS yg berjaya mendapat 5A.

Semoga kejayaan kalian menjadi semangat kepada Pengawas PSS yang bakal menggantikan tempat kalian.

image image image image image